Translate

Friday, December 11, 2020

Pengenalan kepada gaya kepimpinan


Setiap syarikat atau firma memerlukan pekerja yang mencukupi untuk memastikan operasi perniagaan dapat djalankan dengan lancar. Jadi, dalam satu syarikat atau firma mungkin mempunyai beberapa jabatan seperti pengeluaran, pemasaran, kewangan, sumber manusia dan sebagainya. Setiap jabatan akan mengandungi bilangan pekerja yang banyak dan ini bergantung kepada saiz firma. Dalam setiap jabatan mesti menpunyai pengurus dan pemimpin serta mereka memain peranan yang berbeza. Pengurus merujuk kepada seseorang yang diiktiraf oleh orang lain dan boleh menggunakan kuasa formal untuk merancang, melaksana dan mengawal semua aktiviti untuk mencapaikan matlamat organisasi manakala pemimpin merujuk kepada seseorang yang menggunakan kuasa formal dan kuasa tidak formal dalam mempengaruhi pekerjanya bagi mencapaikan matlamat yang ditetapkan. Pemimpin berperanan sebagai mentor, pendorong, penyelesai masalah, perunding dan sebagainya. Setiap pemimpin dan pengurus akan menggunakan jenis kepimpinan dan gaya kepimpinan yang berbeza dalam organisasinya dan ini bergantung kepada keperluan organisasi dan ciri-ciri mereka. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang empat gaya kepimpinan yang biasa digunakan oleh pemimpin dan pengurus dalam organisasinya.

  • Autokratik
Gaya kepimpinan autokratik merujuk kepada semua keputusan adalah dibuat oleh pengurus sahaja tanpa perlu bertanya atau berbincang dengan pekerja. Gaya kepimpinan ini tidak melibatkan pekerja bawahan secara langsung dalam proses membuat keputusan kerana cadangan mereka tidak akan diambil kira. Pekerja hanya menunggu arahan daripada pemimpin sahaja. Pengurus menggunakan kuasa yang ada padanya seperti kuasa sah, kuasa desakan, autoriti untuk mengarah pekerja melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh beliau. Gaya kepimpinan ini sesuai digunakan untuk pekerja bawahan seperti pekerja kontrak, buruh binaan, pekerja pengeluaran dan sebagainya kerana mereka hanya menjalankan keputusan yang dimaklumkan. Gaya ini sesuai bagi organisasi yang menghadapi masalah yang serius, mempunyai pekerja yang baharu, tidak bermotivasi, kurang kemahiran dan tiada pengalaman ataupun mempunyai ramai pekerja bawahan.

  • Demokratik
Gaya ini merujuk kepada pengurus memberi kebebasan kepada pekerja bawahan untuk memberikan idea dan berbincang dalam proses membuat keputusan tetapi keputusan akhir masih terletak dalam tangan pengurus. Penglibatan pekerja dalam proses membuat keputusan bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh organisasi sama ada serius atau tidak. Kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pengurus dan pekerja dalam membuat keputusan. Jadi, pekerja adalah digalakkan untuk menyumbangkan idea dan pandangannya. Selain itu, pekerja akan berasa mereka dihargai oleh organisasi kerana digalakkan menyumbang idea dalam proses membuat keputusan dan mereka akan lebih komited dengan tugas yang diberi. Sebagai kesannya, pekerja akan bersungguh-sungguh meningkatkan produktiviti bagi mencapaikan matlamat syarikat. Gaya ini sesuai digunakan kepada penyelia jualan, penyelia kilang, pengurus pengeluaran dan sebagainya.

  • Laissez-faire
Laissez-faire merujuk kepada kuasa membuat keputusan dan mengambil tindakan diserahkan sepenuhnya kepada pekerja bawahan yang bebas menggunakan kemahiran dan kepakaran yang ada padanya. Pekerja perlu membuat pertimbangan sendiri dalam membuat keputusan bagi menyelesaikan sesuatu masalah begi mencapaikan matlamat syarikat. Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan lingkungan had tertentu yang dibenarkan oleh pengurus. Berbanding dengan demokratik, Laissez-faire lebih mampu membangkitkan dan memotivasikan  pekerja bawahan sebab mereka diberikan kuasa untuk membuat keputusan dalam meneyelesaikan tugas. Untuk menunjukkkan prestasi yang baik maka pekerja akan menyelesaikan tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh supaya dia boleh diserahkan lebih banyak tugas daripada ketuanya. Gaya ini adalah berkesan sekiranya pekerja menpunyai kemahiran, motivasi dan kebolehan yang tinggi untuk bekerja sendiri. Contohnya, doktor, peguam, akauntan, pensyarah dan lain-lain pekerjaan profesional.
  • Kontingensi
Gaya kepimpinan ini merujuk kepada penggunaan gaya kepimpinan oleh pengurus adalah fleksibel. Dalam erti kata lain, gaya yang digunakan adalah bergantung kepada keadaan dan situasi dengan melihat kepada elemen-elemen persekitaran dalaman dan luaran organisasi. Sebelum memilih gaya kepimpinan yang sesuai, pengurus perlu memahami situasi sebenar yang berlaku dalam organisasi seperti situasi jenis pekerja dan persekitaran kerja. Sebagai contohnya, pengurus boleh menggunakan kepimpinan autokratik apabila dia menghadapi krisis yang perlu diperbetulkan dengan segera dan pada masa yang sama pengurus juga menggunakan gaya kepimpinan demokratik apabila dia memerlukan cadangan yang bernas daripada pekerja bagi menambah baik operasi perniagaan. Cadangan daripada pekerja amat diperlukan dalam meningkatkan operasi perniagaan sebab mereka adalah orang yang menjalankan keputusan dan mereka memahami situasi sebenar serta masalah yang dihadapi.

Setiap jabatan memerlukan pengurus dan pemimpin bagi memastikan pekerja menjalankan tugas yang diberi dengan bersungguh-sungguh bagi mencapaikan matlamat organisasi. Gaya kepimpinan yang sesuai amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi sebab gaya kepimpinan yang digunakan oleh pengurus akan mempengaruhi prestasi pekerja. Jadi, pengurus perlu memilih gaya kepimpinan yang sesuai mengikut keperluan organisasi atau persekitaran kerja supaya dapat memotivasikan pekerja dalam menjalankan tugas. Ini adalah empat gaya kepimpinan yang saya ingin berkongsi dengan anda semua. Harap blog ini dapat membantu anda!



No comments:

Post a Comment