Adakah anda pernah berasa bahawa sesuatu produk yang anda suka telah menjadi sesuatu produk yang tidak dapat dicari dalam pasaran? Memang tidak dapat dinafikan bahawa situasi ini sering berlaku dalam kehidupan kita. Sebagai contohnya, telefon bimbit Iphone 6 yang diperkenalkan pada tahun 2015 telah menjadi produk yang tidak dapat dicarikan dalam pasaran telefon bimbit. Contoh yang lain, kasut berjenama vans old school yang pernah saya suka sekarang telah tidak dapat dicari di mana-mana kedai kasut. Situasi ini berlaku akibat setiap perniagaan sering memperkenalkan produk baharunya dalam masa yang singkat dan perbuatan ini telah menyebabkan cita rasa pengguna berubah dengan cepat. Situasi ini boleh dikenali sebagai kitaran hayat produk. Kitaran hayat produk merujuk kepada peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh setiap produk baharu seperti peringkat pengenalan, peringkat pertumbuhan, peringkat kematangan dan peringkat kemerosotan.
Dalam Peringkat Pengenalan, selepas syarikat menghasilkan sesautu produk baharu mereka akan memperkenalkan produk tersebut kepada pengguna dan mula mengagihkan produk baharunya dalam pasaran. Jualan produk adalah sedikit sahaja kerana pengguna masih tidak mengetahui kewujudan produk ini ataupun sebahagian pengguna telah mengetahui kewujudannya tetapi tidak mengenali produk tersebut secara mendalam. Kadar pertumbuhan jualan yang perlahan dapat ditunjukkan melalui garis merah dalam gambar rajah. Disebabkan produk baru diperkenalkan dalam pasaran maka syer pasaran bagi produk tersebut juga adalah sedikit sahaja. Syarikat akan memperoleh keuntungan yang rendah ataupun mengalami kerugian pada peringkat tersebut dan situasi ini boleh ditunjukkan melalui garis hijau. Hal ini disebabkan oleh jualan produk yang sedikit dan perbelanjaan promosi serta pengagihan yang tinggi. Persaingan adalah rendah kerana permintaan yang rendah. Disebabkan permintaan produk yang rendah, syarikat tidak dapat menghasilkan produk secara besar-besaran maka ekonomi bidangan dalaman tidak dapat dicapai dan kos seunit produk adalah tinggi. Jadi, promosi yang efektif perlu dijalankan secara besar-besaran bagi memperkenalkan produk kepada pengguna dan meningkatkan permintaan produk.
Dalam Peringkat Pertumbuhan pula, jualan produk meningkat dengan cepat kerana produk telah mula diterima umum dan dibeli oleh ramai pengguna. Kadar pertumbuhan jualan yang cepat dapat ditunjukkan melalui garis merah dalam rajah. Syer pasaran juga meningkat kerana pertambahan permintaan produk. Syarikat menikmati keuntungan yang semakin banyak akibat pertambahan jualan yang pesat dan ini ditunjukkan melalui garis hijau. Permintaan produk yang banyak telah membolehkan syarikat menghasilkan produk secara besar-besaran dan ekonomi bidangan dalaman dicapai serta kos seunit produk juga menurun. Walaupun syarikat menikmati keuntungan yang banyak tetapi syarikat juga menghadapi cabaran yang baharu iaitu semakin banyak pesaing mamasuki pasaran akibat peluang keuntungan yang baik. Pesaing juga mula memperkenalkan produk yang sama tetapi dengan jenama yang berbeza dan tambahan ciri yang baharu. Jadi, untuk mengekalkan keuntungan yang banyak maka syarikat perlu melakukan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap produk bagi meningkatkan daya saing produk dalam persaingan yang sengit. Selain itu, syarikat juga perlu menambahkan promosi bagi meningkatkan jualan dan mengekalkan syer pasaran produk yang sedia ada.
Pada Peringkat Kematangan, produk syarikat semakin dikenali ramai. Kadar pertumbuhan jualan produk meningkat dengan perlahan dan kemudian mula menurun. Hal ini kerana semakin banyak pesaing memasuki pasaran dengan menghasilkan pelbagai produk pengganti. Syer pasaran mencapai tahap maksimum. Jadi, syarikat akan mengurangkan harga jualan produk dan menambahkan aktiviti pengiklanan serta promosi jualan. Walaupun syarikat menambahkan aktiviti promosi tetapi pertambahan ini tidak begitu banyak berbanding dengan aktiviti promosi yang diadakan pada peringkat pertumbuhan dan pertambahan aktiviti promosi pada peringkat ini adalah untuk mengekalkan kesetiaan pelanggan. Sebagai kesannya, keuntungan syarikat akan mula menurun di sepanjang peringkat ini. Syarikat lain yang tidak dapat bersaing dalam pasaran ini akan meninggal. Kos seunit produk berada pada tahap minimum. Untuk mempertahankan produk syarikat, mereka perlu menambahbaikkan dan mengubahsuaikan produk dan strategi pemasaran.
Pada Peringkat Kemerosotan, jualan produk syarikat merosot sepanjang tempoh masa akibat beberapa faktor tertentu. Antaranya adalah peningkatan persaingan dalam pasaran, kewujudan banyak produk baharu atau produk pengganti dalam pasaran dan perubahan cita rasa pengguna. Kadar pertumbuhan jualan yang menurun dapat ditunjukkan melalui garis merah dalam rajah. Disebabkan permintaan produk yang menurun maka sayrikat akan mengurangkan penghasilan produk dan ekonomi bidangan tidak dicapai serta kos seunit produk meningkat semula. Keuntungan syarikat juga menjadi negatif atau rugi kerana penurunan jualan produk dan terpaksa menghadapi persaingan yang sengit dalam pasaran. Syer pasaran menjadi sifar atau sedikit. Sebagai kesannya, syarikat terpaksa mengurangkan harga jualan produk dengan cara memberi potongan harga ataupun diskaun harga bagi menghabiskan stok. Kebanyakan syarikat meninggalkan pasaran kerana penurunan peluang keuntungan . Syarikat yang masih bertahan dalam pasaran ini akan mengurangkan kuantiti produk yang ditawarkan dan menjalankan promosi untuk menghabiskan stok. Akhirnya, syarikat akan meninggalkan pasaran yang lemah.
Jadi, ini adalah empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap produk baharu. Dengan gambar rajah ini, kita boleh mengetahui bahawa mengapa sesuatu produk tidak wujud lagi dalam pasaran. Hal ini kerana setiap syarikat ingin memaksimumkan keuntungan mereka dan mereka akan pilih produk yang mempunyai peluang keuntungan yang banyak. Sebaliknya, produk yang tidak menguntungkan akan diputuskan. Jadi, setiap produk mempunyai tempoh hayatnya dan ini juga bergantung kepada cita rasa pengguna kerana syarikat menghasilkan produk baharu untuk memenuhi permintaan pengguna.